KESAN BAIK DAN BURUK TEKNOLOGI DAN PEMODENAN KOMUNIKASI.
Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian,sejarah penggunaan teknologi bermula pada zaman prasejarah
dimana manusia menjumpai atau mendapat tahu cara menghidupkan api untuk memasak makanan mereka serta kewujudan roda bagi tujuan untuk memudahkan perjalanan mereka. Menurut Mcluhan, perkembangan teknologi telah mengubah dunia contohnya melalui perkembangan seperti kemudahan satelit, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat. Ianya diklasifikasikan sebagai perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikan. Ia berupaya untuk melepaskan ataupun menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau, perubahan yang berlaku (pemodenan) telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sistem kapitalisme. Secara ringkasnya selepas revolusi Perancis, teknologi dapat dilihat sebagai satu ciri teras budaya pemodenan. Disamping itu budaya modenis dianggap sebagai intipati kemajuan. Setiap negara yang terdapat di dunia ini sentiasa berlumba – lumba untuk meningkatkan lagi tahap teknologi dan permodenan negara masing – masing. Bagi Malaysia, kita sering berusaha untuk mengarusperdanakan teknologi dan pemodenan dari masa ke semasa. Menurut Tun
Dr. Mahathir iaitu bapa pemodenan Malaysia, rakyat Malaysia sekarang sudah mampu untuk
menghadapi penerimaan teknologi dan pemodenan yang semakin canggih. Masyarakat sekarang ini
terutamanya di negara Malaysia mampu untuk menggunakan teknologi dan permodenan yang sedia
ada malah kebanyakkannya menggunakannya dalam kehidupan harian mereka. Seperti yang dapat
kita lihat, teknologi komunikasi pada masyarakat Malaysia dahulu agak sukar untuk berkomunikasi
dengan orang lain. Tetapi lain halnya pada masa kini dengan perkembangan teknologi komunikasi
seperti internet, skype, persidangan video, masyarakat kini pantas untuk menyesuaikan diri dengan
perkembangan ini. Dewasa ini, walaupun Malaysia telah mencapai tahap Negara membangun
tetapi masih lagi wujud masyarakat pinggiran yang masih lagi ketinggalan dan kurang pendedahan
tentang teknologi maklumat. Golongan yang mendominasi teknologi adalah terdiri dari mereka yang
mempunyai tahap intelektual tinggi. Antaranya mereka yang dari golongan professional, pelajar,
penjawat tinggi dan sebagainya. Golongan urban telah terdedah dengan teknologi sejak dari kecil lagi
maka penggunaan teknologi bagi mereka adalah sangat penting dalam aktiviti seharian sehinggakan
mereka tidak dapat lari darinya. Dengan penggunaan teknologi, kesenangan dan kelapangan mudah
dirasai. Namun berbeza bagi golongan pinggiran di mana mereka sering dieksploitasi oleh keadaan yang menyebabkan mereka makin terpinggir dari teknologi. Apabila teknologi komunikasi wujud kuasa pusat menguasai kesedaran masyarakat pinggiran. Ini sebenarnya, akan menigkatkan jurang diantara
masyarakat Bandar dan pinggiran. Keburukan yang kedua ialah wujudnya maklumat tanpa
sempadan. Ini dapat dilihat di dalam bidang penyebaran maklumat di mana negaranegara
besar
seperti Amerika akan dapat menyebarkan dakyahdakyah
atau khabar angin tentang keburukan
sebuah negara yang ternyata tidak benar. Di sini, negara yang menguasai teknologi itulah yang
mempunyai kuasa besar untuk menyebarkan maklumatmaklumat
yang dimilikinya. Bagi
masyarakat di Malaysia pula, komunikasi telah membawa semua masyarakat di Malaysia untuk
berhubung diantara satu sama lain dengan lebih mudah. Contohnya dengan terdapatnya komunikasi
telefon, penggunaan internet, telah membuatkan masyarakat lebih peka terhadap apa yang berlaku di
sekeliling dengan lebih cekap. Penggunaan komunikasi telefon dan internet boleh memudahkan lagi
dari segi menghantar maklumatmaklumat
penting kepada seseorang walaupun beliau berada ditempat yang jauh. Bagi sesetengah masyarakat pula,
KESAN ICT KEPADA MASYARAKAT.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid‐murid khususnya yang di sekolah
rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia
dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru
dapat mencari maklumat‐maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya
dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan
contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini
proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat
kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di
fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui
ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru
dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada
teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru
dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu
subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat‐maklumat
terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan
pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa
perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui
cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat‐maklumat dapat terus diakses dalam sistem.